Friday, 8 April 2011

Bahan Untuk Binaan Kolam

Post ini secara pendek untuk terangkan jenis-jenis bahan untuk bina kolam, dan perkara yang perlu dititik-beratkan sebelum nak bina kolam. Kita straight to the main point je.

Sebuah kolam perlu kalis air. Jadi bila dalam pemilihan bahan-bahan untuk membuat kolam untuk bahagian dasar dan bahagian tepi kolam, anda mempunyai 3 pilihan utama

1. "Preformed rigid glass fibre" atau "liner" plastik
2. "Polythene" yang fleksibel, PVC dan "Butyl liners"
3. Konkrit








Pelbagai Stail Kolam

Post kali ni mengenai kolam. Kita tak cakap pasal kolam ikan sahaja, tapi secara general, kita menyentuh topik "water feature".
Water feature ni boleh terdapat dalam pelbagai bentuk. Kalau yang saiz kecik-kecik tu, kebiasaannya lebar kolam kurang dari 1meter. Tak pun jenis yang bikar kuar air biasa empunya rumah teres buat tu. Kolam kecik-kecik ni selalu orang buat di bahagian tepi porch atau kat sudut garden ke. Untuk rumah teres, rumah townhouse tak pun rumah semi-D yang ada laman kecik tu memang sesuai sangat lah, kos pun murah, boleh capai kurang dari RM1000 je.

Kolam untuk taman pulak, mungkin dalam lingkungan ukuran 1-2m (3-6ft) lebar adalah ukuran yang biasa orang buat dan dengan keluasan sebegini memang mudah untuk dijaga. Nak bela ikan pun boleh. Biasa ikan Koi, kalau tak nak ikan Koi, banyak lagi ikan boleh dipilih. Yang tu post lenkali laa.

Anyway, anda juga boleh pilih kolam yang lebih besar contohnye macam tasik mini. Kalau ada ruang, why not kan? Kos pun agak hebat jugak laa.

Apa-apa pun pilihan anda, pastikan kolam yang anda bina tiada masalah dalam 'maintenance'nya. Jadi elakkan bentuk yang terlalu complex, terlalu banyak ruang sempit atau lubang-lubang batu yang tak perlu. Saranan saya dan melalui pembacaan juga, sebaiknya pilih bentuk kolam yang mudah dan simpleBentuk simple ada masanye lebih menarik dari bentuk pelik-pelik ni. Hoho.

Cukup introduction tentang kolam. Post ni lebih kepada nak share stail kolam. Banyak sebenarnye, ada lebih kurang 6 jenis. Tap di sini saya terangkan 3 jenis yang biasa kita guna, dan mampu untuk keluarkan budget membuatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...