Friday, 8 April 2011

Pelbagai Stail Kolam

Post kali ni mengenai kolam. Kita tak cakap pasal kolam ikan sahaja, tapi secara general, kita menyentuh topik "water feature".
Water feature ni boleh terdapat dalam pelbagai bentuk. Kalau yang saiz kecik-kecik tu, kebiasaannya lebar kolam kurang dari 1meter. Tak pun jenis yang bikar kuar air biasa empunya rumah teres buat tu. Kolam kecik-kecik ni selalu orang buat di bahagian tepi porch atau kat sudut garden ke. Untuk rumah teres, rumah townhouse tak pun rumah semi-D yang ada laman kecik tu memang sesuai sangat lah, kos pun murah, boleh capai kurang dari RM1000 je.

Kolam untuk taman pulak, mungkin dalam lingkungan ukuran 1-2m (3-6ft) lebar adalah ukuran yang biasa orang buat dan dengan keluasan sebegini memang mudah untuk dijaga. Nak bela ikan pun boleh. Biasa ikan Koi, kalau tak nak ikan Koi, banyak lagi ikan boleh dipilih. Yang tu post lenkali laa.

Anyway, anda juga boleh pilih kolam yang lebih besar contohnye macam tasik mini. Kalau ada ruang, why not kan? Kos pun agak hebat jugak laa.

Apa-apa pun pilihan anda, pastikan kolam yang anda bina tiada masalah dalam 'maintenance'nya. Jadi elakkan bentuk yang terlalu complex, terlalu banyak ruang sempit atau lubang-lubang batu yang tak perlu. Saranan saya dan melalui pembacaan juga, sebaiknya pilih bentuk kolam yang mudah dan simpleBentuk simple ada masanye lebih menarik dari bentuk pelik-pelik ni. Hoho.

Cukup introduction tentang kolam. Post ni lebih kepada nak share stail kolam. Banyak sebenarnye, ada lebih kurang 6 jenis. Tap di sini saya terangkan 3 jenis yang biasa kita guna, dan mampu untuk keluarkan budget membuatnya.

Jenis "formal"
Kolam jenis formal kebiasaannya berbentuk mudah. Bentuk asas, yang terdiri dari garisan lurus, baik berbentuk empatsegi ke, tigasegi ke, atau bentuk poligon yang lain. Mudah cakap, bentuk dia takde bengkang-bengkok. Kolam jenis macam ni terbaik untuk dibina kat tempat yang formal, contoh kat rumah atau kawasan yang banyak mempunyai bentuk-bentuk garisan lurus - tepi jalan raya, pejabat, bangunan, dan etc.

Jenis "Informal"
Jenis tak formal kebiasaannya bentuk tak sekata. Tiada garisan lurus, bentuk yang tiada terikat dengan mana-mana faktor. Bentuk macam ni sangat lah sesuai dibuat di kawasan yang ada garden, dimana garden tu ditanam gaya relax. Biasa konsep English banyak guna kolam begini, dengan pelbagai pokok bunga pelbagai kaler ditanam keliling taman. Jika anda jenis sukakan banyak pokok dan tumbuh-tumbuhan, rekabentuk kolam macam ni memang best diaplikasikan.

Jenis "Fish or Mixed Ponds"
Jenis gini, biasa orang panggil kolam ikan je, tapi kalau nak diikutkan, kolam "Mix" lagi tepat. Kenapa? Sebab kolam jenis ni pelbagai benda ada kat dalam die. Ikan tu dah semestinyalah, pokok-pokok kolam pun ada. Kalau dah ada pokok dan air, binatang lain pun mesti ada jugak. Kolam jenis begini selalu buatkan binatang lain berminat nak datang especially katak dan kroninya. Jap lagi ade lah berudu dalam kolam. Tapi, tak yah laa nak takut, Telur katak tu belum menetas, agaknye dah jadi makanan ikan korang. Bagus untuk ikan, sumber protein!. Hoho.

Untuk penutup bagi post ni, saya berharap info yang ada ni boleh tambahkan sikit pengetahuan anda tentang kolam. Mana yang dah tahu tu, dan tahu lebih lagi dari apa yang diberikan kat post ni, silalah komen. Sekian saje post kali ni. Maybe next post saya boleh ceritakan sikit tentang macam mana nak install kolam.





Preferences:
Collins Gem Publisher - Garden Ponds (Bring Tranquility and Serenity To Your Garden) by Graham Clarke

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...