Friday, 8 April 2011

Bahan Untuk Binaan Kolam

Post ini secara pendek untuk terangkan jenis-jenis bahan untuk bina kolam, dan perkara yang perlu dititik-beratkan sebelum nak bina kolam. Kita straight to the main point je.

Sebuah kolam perlu kalis air. Jadi bila dalam pemilihan bahan-bahan untuk membuat kolam untuk bahagian dasar dan bahagian tepi kolam, anda mempunyai 3 pilihan utama

1. "Preformed rigid glass fibre" atau "liner" plastik
2. "Polythene" yang fleksibel, PVC dan "Butyl liners"
3. Konkrit








Antara tiga-tiga pilihan yang ade ni, banyak kelebihan dan kekurangan. Ada masa client sukakan konkrit, ada masa client sukakan liner. Semuanya bergantung kepada 3 faktor utama


KOS PEMBINAAN
Dah memang jadi satu kebiasaan kalau nak buat sesuatu, tengok kat kos dulu sebelum buat keputusan. Dalam pembuatan kolam, biasanye jenis "preformed" dan "liner" ni harga lebih kurang. Takde beza sangat. Konkrit pulak, kalau tengok kan survey dan pemerhatian, ramai orang kita yang buat guna konkrit. Mungkin trend tak pun sebab laman kecik untuk rumah-rumah teres.

KESENANGAN UNTUK INSTALL
Untuk jenis kolam yang simple, berbentuk mudah, jika gunakan jenis "liner", pembinaan kolam terlalu amat mudah. Sekadar gali lubang ikut saiz yang diinginkan, letakkan "liner" ke dalam lubang kolam dan isikan air penuh ke paras tertinggi. Dah jadi kolam! Tapi, kerja berikutnya iaitu kerja melipatkan "liner" tu, kerja mengemaskan lipatan "liner" dan kerja gamkan "liner" mungkin kalau tidak dibuat dengan teliti akan boleh meninggalkan kesan sakit hati sebab tak kemas. Hoho!

MAINTENANCE YANG KURANG
Maintenance adalah salah satu perkara yang biasa dirisaukan oleh pemilik kolam-kolam. Kenapa? Sebab dah kalau buat kolam kat rumah, dah tentu rumah tu jugak tempat kite duduk lagi 10 tahun akan datang. Jadi kos maintenance perlu dititik-beratkan sebelum nak bina kolam ikan kat rumah.
Kolam ikan yang biasa dibuat dari konkrit kebiasaannya jenis yang paling banyak perlu di'mantain'kan. Pergerakan dan perubahan tanah boleh menimbulkan rekahan pada dinding kolam konkrit dan konkrit lama boleh jadi rapuh. 

Selesai sudah post ni mengenai langkah sebelum membuat kolam. Jadi, sebelum membina kolam, perkara-perkara yang di ketengahkan perlu difikir-fikirkan dulu, jadi bila dah terjadinye kolam anda, takde laa rasa menyesal.






2 comments:

  1. salam Dibah. TQ jenguk blog saya. Material saya tak tahu cari di mana. Saya sekadar mencetuskan idea sahaja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...